Thursday, February 18, 2010

BAB 1 --> Kenangan lalu (high skool 2002)

Tahun ni aku akan menduduki PMR. Ayah telah mengambil keputusan untuk menghantar aku untuk mengikuti kelas tambahan di pusat tuisyen Premier. Subjek yang aku ambil ialah Matematik dan Sains. Kata ayah, aku agak lemah dalam subjek tersebut. Aku hanya menurut kata ayah kerana apa yang ayah lakukan adalah untuk kebaikan aku jua. Pada mulanya aku agak keberatan untuk mengikuti kelas tambahan tersebut. Namun,bila mengenangkan sahabatku Sab dan Fiza turut mengikuti kelas tambahan bersamaku, aku berasa senang.Sekurang-kurangnya aku tak lah keseorangan disitu.

Waktu aku membuka pintu kelas, tiba-tiba aku terlanggar seseorang. Dia tinggi dan hanya tersenyum bila dia lihat aku tersipu-sipu memohon maaf. Saat aku terlihat senyumannya itu,sungguh aku berasa sangat bahagia kerana saat itu, semangat aku yang pada mulanya amat malas untuk mengikuti kelas tuisyen serta merta membara kerana dia sentiasa ada disitu untuk memberikan senyuman padaku.

Dalam perjalanan pulang dari sekolah bersama sab dan fiza, aku cuba-cuba merisik mungkin mereka kenal mamat kesayangan aku tu. Tiba-tiba aku tersenyum seorang diri pabila mengenang kembali peristiwa tersebut.

“Sab,fiza, Hangpa kenai dak mamat yang aku nyaris terlanggar waktu kat depan pintu kelas tusyen hari tu?”

“Oh, mamat tinggi lampai tu ka? Awat tak kenal plak, dia tu kan kezen si shena.Nama dia kalau tak silap aku Haidan ke apa ntah. hang ingat dak nama dia Sab?” Fiza menjawab sambil menepuk bahu Sab.

“Hah? A’ah. Rasanya Aidan Shahmi. Awat hang tanya pasal mamat tuh? Hah.., hang suka dia eh?” Sab bertanya sambil tersenyum sinis pada aku.

Cepat-cepat aku menafikan.Kalau mereka tahu yang aku ada hati kat mamat tu, habis la teruk aku kena perli.

Sejak dari hari itu, aku cuba untuk rapat dengan Shena. Mana la tahu kalau-kalau aku boleh cungkil sedikit sebanyak maklumat tentang Aidan Shahmi. Tapi si Shena ni agak protective. Susah betol dia nak cerita tentang kezen dia tu. Tapi last-last, dia mengalah jugak. Akhirnya, aku berjaya mendapatkan alamat Aidan Shahmi. Cuma no telefon sahaja yang aku tak dapat. Kata shena, “Usaha sendiri ye.” Kejam betol si Shena ni. Kedekut sangat la kezen dia tu.

 
blog template by suckmylolly.com